Dosa Meninggalkan Solat 5 Waktu
1. Solat
Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30
tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5.
Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT
tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari
nikmatnya.
6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Hadist Mengenai Dosa Meninggalkan Solat 5 Waktu
Mengenai
balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW,
diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu,
Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali
kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu
Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab:
“Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”.
(Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
Nabi
shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perjanjian di antara kita orang
Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat
sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)
Nabi
shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan
antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan
meninggalkan solat". (HR Muslim)
Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya
orang
yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan
solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).
Jika dia
meninggalkan
solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban
solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan
bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa
besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya
dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.